Sistem Pendispensan Ubat Bersepadu (SPUB)

Sistem pembekalan ubat-ubatan melalui SPUB merupakan perkhidmatan di mana pesakit boleh mendapatkan baki bekalan ubat seterusnya dari mana-mana fasiliti kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang tersenarai dalam Direktori SPUB KKM melalui sistem rujukan yang seragam di seluruh negara.

OBJEKTIF SPUB

  1. Untuk memberi kemudahan kepada pesakit mendapatkan bekalan ubat-ubatan dari fasiliti kesihatan KKM yang berdekatan dengan kediaman masing-masing.
  2. Membekalkan ubat kepada pesakit melalui sistem rujukan yang seragam di mana-mana fasiliti kesihatan KKM.
  3. Memastikan kesinambungan bekalan ubat-ubatan kepada pesakit bagi meningkatkan komplians terhadap pengambilan ubat-ubatan.
SKOP

Sistem ini ditawarkan kepada semua pesakit yang mendapatkan rawatan dan menerima preskripsi jangka panjang (jangka masa melebihi satu bulan) dari hospital/klinik kesihatan/institusi KKM.

APA YANG PERLU ANDA LAKUKAN ?

  1. Dapatkan rawatan dan preskripsi ubat
  2. Dapatkan bekalan ubat pertama dari farmasi di mana anda mendapatkan rawatan
  3. Bincang dengan anggota farmasi bagi mendapatkan bekalan ubat seterusnya di hospital/klinik kesihatan yang dipilih
  4. Pastikan preskripsi anda telah dicop dengan cop rujukan SPUB sebelum meninggalkan kaunter farmasi

KEBAIKAN SPUB

  1. Berdekatan dengan kediaman anda
  2. Menjimatkan kos, pengangkutan dan masa
  3. Menjamin bekalan ubat berterusan

MAKLUMAT LANJUT

Sila berhubung dengan staf Farmasi di hospital/klinik Kesihatan KKM yang berdekatan sekiranya anda ingin menggunakan perkhidmatan ini.

No comments:

Post a Comment